Ianya didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftarannya 1717. Tuan Haji Sulaiman bin Harun berusaha memastikan persatuan ini dapat ditubuhkan secara rasmi.
10 Tahun selepas itu, usaha untuk ditubuhkan secara rasmi. Kelulusan pendaftaran diperolehi pada 22 Oktober 1975.
Keahliannya terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai Sijil Penolong Pegawai Farmasi (kini Diploma Penolong Pegawai Farmasi). Program mewar-warkan Pegawai Farmasi mempunyai pelbagai kesulitan
Peranan di Selangor kurang aktif, maka tahun 1980an, ianya dipindahkan ke Ipoh, Perak dimana ianya hanya aktif dikalangan ahli di sekitar negeri tersebut. Di Ipoh juga persatuan menghadapi kesulitan akhirnya.
Dengan baki akaun hanya RM5.50 ianya dipindahkan pula ke pantai timur pada tahun 1990 dimana ahli majlisnya terdiri dari mereka yang bertugas di Kelantan dan Terengganu.
Ahli Majlis telah mengadakan beberapa "Road Show" - Kempen untuk menambah keahlian. Aktiviti ini dibuat dengan menggunakan perbelanjaan sendiri.
Kini, persatuan boleh berbangga kerana ianya telah dapat diaktifkan kembali dan tabung persatuan telah meningkat hasil usaha Ahli Majlis.
Tercatat kini seramai 2707 Ahli seluruh Malaysia.